Want your
own Fotopage?








 
Nazleen's FotoPage

By: Nazleen Mohd Emran

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]
Friday, 21-Aug-2009 07:33 Email | Share | | Bookmark
Salam Ramadhan Penuh Barokah

 


Alhamdullillah;

Setelah setahun, kini tetamu setiap muslimin/ muslimat telah hadir membawa seribu keberkatan. Segala puji bagi Allah yang menciptakan sekalian alam.

Allah SWT berfirman :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمْ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kalian berpuasa, sebagiamana telah diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kalian menjadi orang yang bertaqwa”. (Al-Baqoroh:183)

Dari Salman Al-Farisi ra. berkata: “Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam berkhutbah pada hari terakhir bulan Sya’ban: Wahai manusia telah datang kepada kalian bulan yang agung, bulan penuh berkah, didalamnya ada malam yang lebih baik dari seribu bulan. Allah menjadikan puasanya wajib, dan qiyamul lailnya sunnah. Siapa yang mendekatkan diri dengan kebaikan, maka seperti mendekatkan diri dengan kewajiban di bulan yang lain. Siapa yang melaksanakan kewajiban, maka seperti melaksanakan 70 kewajiban di bulan lain. Ramadhan adalah bulan kesabaran, dan kesabaran balasannya adalah surga. Bulan solidaritas, dan bulan ditambahkan rizki orang beriman. Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa, maka diampuni dosanya dan dibebaskan dari api neraka dan mendapatkan pahala seperti orang orang yang berpuasa tersebut tanpa dikurangi pahalanya sedikitpun ». kami berkata : »Wahai Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam Tidak semua kita dapat memberi makan orang yang berpuasa ? ». Rasul shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:” Allah memberi pahala kepada orang yang memberi buka puasa walaupun dengan satu biji kurma atau seteguk air atau susu. Ramadhan adalah bulan dimana awalnya rahmat, tengahnya maghfirah dan akhirnya pembebasan dari api neraka (HR Al-‘Uqaili, Ibnu Huzaimah, al-Baihaqi, al-Khatib dan al-Asbahani).

Semoga kita sama-sama berusaha meningkatkan diri dan melipat gandakan amalan sepanjang bulan yang mulia ini, InsyaAllah,

Salam Ramadhan dari kami;
Mohd Ridzal
Nazleen &
Nadzreen Fateha

Add comment


Wednesday, 3-Jun-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
Trip to Bandung, Indonesia 11 Mei 2009

Ke pasar baru! Kali nih cari kain pasang yang nenek pesan. Shok jugak memilih sebab kita duduk jer, dilayan ngan air kotak, pastu kain murah2. Ibu da beli sampai 3 pasang. Hehe.... yalah sekali-sekala membeli. Ibu ngan abah beli baju sepasang, yayang pun beli gak. Osh Kosh lagik.

Kita cari barang-barang yang sesuai dibawak balik sebagai cenderahati. Ada songkok, beg, t-shirt dan macam-macam lagi. Kawan ibu pesang baju renang muslimah lagiks. Memang murah.

Balik dari pasar baru singgah kat Kartika Sari beli kek kukus. Cuaca hari nih hujan so we decide balik awal ke hotel sebab nak kena kemas barang untuk balik besok. Flight esok kul 6.50pagi, so kul 4.00 dah kena bangun. So to all of you yang plan nak ke Bandung, Indonesia siapkan saja ongkosnya. Bukan apa frankly speaking kat sini memang harga murah and berbaloi. Jangan bimbang bawak anak-anak as long as you stick in group. So any plan untuk pegi tempat lain ke adik Nutt? Hehe.... jauh perjalanan luas pemandangan.

Having trouble updating the photo in this page. Jadi gambar dah diupload kat my facebook: nazmear@yahoo.com.

Enjoy your life while you still can!

Tumpang iklan sikit ya tuan rumah

Berminat dalam image editing? Kelas Adobe Photoshop CS3 kini dibuka untuk pendaftaran. Maklumat lanjut sila layari

http://www.kedai-aida.com

Dapatkan juga produk-produk lain kami :
Babees Products | Pearl Products | Crystal Products

Promosi Jun 2009. Penghantaran percuma untuk Babees Produk.
Thu 4-Jun-2009 21:52
Posted by:alamak  - [Link]
Add comment


Tuesday, 2-Jun-2009 08:03 Email | Share | | Bookmark
Trip to Bandung, Indonesia 10 Mei 2009

Hari factory outlet lagi. Kali nie kami berjalan dari satu kedai ke satu kedai. Donatello, edward, victoria, hish.. macam-macam lah. Tak tersebut rasanya. Tak worry sebab semuanya dekat2. Hari nie tak begitu excited sebab mungkin dah laaamaa sangat rasanya duduk kat sini, hehe....... Kita banyak masuk kedai tapi keluar empty handed because rasa cam takde apa sangat leh beli. Tapi sebenarnya hitung2 jugak takut lari budget.

Tengahari ke Rumah Mode. Tempat nih memang cantik. Decoration ala-ala Bali gitu. Tapi memang tersangatlah ramai orang disini. Hari nie balik awal sebab esok last day nak shopping jadi simpan2 la duit tuh sikit yer....

Add comment


Monday, 1-Jun-2009 06:42 Email | Share | | Bookmark
Trip to Bandung, Indonesia 9 Mei 2009

Hari ketiga adalah hari untuk ke segala macam factory outlet. First, ke ParfuMart. Kedainya simple but semerbak harum. Segala parfume diatur kemas dalam botol-botol tidak berlabel. Pekerja yang menjaga pun muda-muda dan surprisingly they know what the smell on an empty piece of paper. Bagus kalau bawak botol parfume kosong sebab dia boley refill kan dengan harga yang tersangatlah murahnya sekitar 10 - 50 ringgit jer bergantung kpd saiz botol. Lama gak kat sini. Ibu and abah grap a bottle each and belikan Acu satu sebab acu memang suka parfume.

Lepas tu kita ke TOKO TIGA. Wow, memang kat sini tempat licensed original jeans made in bandung. Baju T-shirt, jaket semua ada. Kat sini leh alter jeans gratis. interior dia konsep kedai dalam taman. Siap ada air terjun lagik. Ibu ngan abah beli jaket. Pastu carikan baju t-shirt untuk atuk. Makan tengahari, nasi padang tapi Yayang muntah mungkin sebab banyak sangat makan telur atau loya sebab selsema. Kami gerak ke Grande factory outlet lepas makan tengahari.Kat sini ada baju bebudak berjenama dan cantik-cantik belaka. Yayang dapat baju baru, warna purple. terpaksalah beli sebab yayang kena tukar baju. Lama gak shop kat sini pastu gerak ke Terminal Tas, kita jer pun yang dok sini lelama sebab yang lain-lain dah bley jalan kaki sendiri pegi ke factory2 outlet yang berhampiran.

Malam kita makan kat restoran yang agak moden. Sebenarnya nak gi makan kat Dapur Sangkuriang tapi terpaksa tempuh jem dan bila sampai parking dah full sebab ada 2 - 3 bas persiaran kat situ. Jadi terpaksa cari port lain. Nasib baik Pak Ahmad banyak contact. Fuh, kita order makanan agak mewah jugak. Yang best begedil jagung and sup ikan. Kat sini ayam kena pangkah sebab ada desas-desus kata dia campur ngan daging tikus. Wallahua'lam....

So balik la kita untuk beradu dan menunggu hari esok, hari last untuk jenjalan.



Add comment


Sunday, 31-May-2009 01:27 Email | Share | | Bookmark
Trip to Bandung, Indonesia 8 Mei 2009

Hari kedua di Bandung. Pagi kul 8.30 kat sini memang dah terang benderang. Breakfast nasi goreng ngan tiga hirisan hot dog. Kat sini takde buffet al maklum budget hotel. Yayang berselera makan. Destinasi pertama pg nih is money changer. Fuh.. money changer cam bank. Pekerja pun beruniform. Ada calling no. lagi. jauuuuuuuh beza ngan money changer kat Malaysia, dok kat balik palang besi cam penjara ngan muka pekerja cam hampeh.

Pas masing-masing dah jadi 'jutawan' (duit Rph) kami pun dengan hati yang sangat senang bergerak ke Pasar Baru. Tempat nih lebey kurang cam pasar payang/ siti khadijah la. Kalau nak cari kain pasang/ sulam/ kerawang bagai/ lace dan telekung yang memang cantik-cantik sinilah tempatnya. Bayangkan harganya sekitar 50,000 hingga 150,000 Rph atau RM17 - RM50 ajer. Memang heaven. Untuk hari pertama nie kita survey dulu, riki mana yang patut. NNt hari keempat nak datang lagi. Ibu cuma beli kain pasang sulam ajer untuk buat baju raya.

Kat sini kena hati-hati, pencopet wanita pun ada. Yang menjaja kendong and tarik dalam troli pun ramai. Kalau tak nak beli jgn nak tawar-tawar sebab nanti die ngan kengkawan die akan ikuuuuttt kita. Yayang cam tak selesa and gelisah mungkin masih kurang sihat. So kami pun duduk dalam keta. Ibu da pun makan ubat demam jadi mengantuk. Kita semua tido... Makcik-makcik lain tuh sibuk bershopping.

tengahari gi makan nasi padang. Lauk tak agak2, banyak giler tapi harga untuk 6 orang dalam rm45. Lepas amik derang dari pasar dah petang jadi sebelum balik hotel cari tempat makan dulu. Memang cantik kedai kat sini. Bagi derang kalau tak cantik nnt orang tak nak masuk. Pastu kita terus balik bilik and berehat. Tomorrow is another day, so kena simpan tenaga.

Salam Perkenalan...
Senang2 singgah la page saya
http://mizzekram.fotopages.com
Thu 4-Jun-2009 02:44
Posted by:Emy  - [Link]
this kind of stylish cheap ugg bailey button are very popular among the women. it is wise for you to choose them. the ugg classic cardy combine a classic prep argyle pattern and cozy ugg classic tall sweater knit for coolest, comfiest, casual look. a merino wool blend silhouette made to look like your favorite sweater featuring a soft ugg classic short foam insole covered with genuine ugg classic mini sheepskin and a molded eva light and flexible outsole designed for amazing comfort with every step. http://www.tangsale.com/products_all.html

Mon 1-Mar-2010 02:29
Posted by:ugg boots uk  - [Link]
i hope i can have it all.
http://coachhandbagsoutlets.com/
http://www.newchristianlouboutinshoes.com/
Mon 6-Sep-2010 03:21
Posted by:coach pureses  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Saturday, 30-May-2009 07:54 Email | Share | | Bookmark
Trip to Bandung, Indonesia 7 Mei 2009

Anak ibu dah letih sesangat tapi seronok
Laaaaaamaaaaaaa betul tak update fotopages nih. It's not that nothing interesting happen in my live lately, but memang takde masa nak squeeze in untuk menaip kat page nih.

Enough of the mukadimah. Memang tengah seronok sekarang nih sbb baru balik daripada luar negara you. Bandung, Indonesia. Trip was arranged by adik Nutt and Anis dan tiket dah dibook semenjak awal tahun. Kami bertolak ke LCCT jam 4.00ptg dan flight pukul 6.50ptg. Agak penuh flight hari tuh. Yayang excited dia tengok awan and lampu warna-warni kat luar tingkap masa nak mendarat. Alhamdulillah fateha beransur ceria walaupun dua hari lepas kurang sihat. Ibu pun cuti sbb demam jaga fateha ngan ibu da. Lagipun ibu baru berubat untuk asthma. maybe itu penangannya sbb asyik muntah kahak jer.

Kita sampai around kul 9.15 waktu kita and around 8.15 waktu sana. Sampai ajer terus supir (Pak Ahmad ngan Mas Amir) dah tunggu untuk bawa ke hotel Dewi Sartika yang terletak di tengah-tengah pekan Bandung. Jalanraya agak sibuk terutamanya motor. Kereta kebanyakannya jenis besar. paling kecik pun rasanya hyundai atoz. Kami check in dan letak barang kat bilik pastu terus cari tmpt mkn. Pak Ahmad bawa kita makan satay kambing dan makan nasi goreng. Kat sini minuman yang popular avokado sbb pekat dan sedap. Air sirsak atau durian belanda pun sedap. Balik ke hotel terus landing. tak tahan penat woo... esok aktiviti kita ke pasar baru. Dengarnya banyak kain pasang and kain telekung menarik. tak sabar rasanya.

Add comment


Monday, 16-Mar-2009 01:27 Email | Share | | Bookmark
Marhaban Sempena Maulidur Rasul

Kecik-kecik tak dpt jadi flower gurlz
Ibu.. nak sikit
Sedap betul lah
View all 6 photos...
Alhamdulillah, pada malam Sabtu 14 Mac 2009 teratak kami selamat menerima kunjungan muslimah kumpulan marhaban Taman Seri Jeram. Kami bertolak dari Bangi seawal jam 8.30 pagi dan sempat menyinggah di Hentian Air Keroh untuk membeli tembikai dan juadah untuk kenduri. Subuh-subuh s'pie lagi 4 iron lady - Cik Laili, Mak Zah, Cik Zan dan Cik Yan dah dtg untuk rewang. Riuh kat dapur macam rewang nak kenduri kawen. Ibu tak order catering pun sbb rasanya kalau gotong-royong camnih lagi jimat. Fateha sampai-sampai ajer dah dapat kawan main ngan bebudak yang dtg nemankan mak derang. So, dapat la ibu sinsing lengan rewang sekali kat dapur.

Abah pun sibuk semendang maklum menantu lelaki sorang. Nak kena angkat tong gas, buat tungku, pegi beli ais, bentang kapet, alih sofa, alih keta......huh.... pendek kate selagi blum tutup mata, koje, koje, koje Tapi abah memang MANTHOP!

Ada citer gempak juga kat kampung. Almaklum pemberita bergeraknya ramai. Adalah dikhabarkan malam semalam (jumaat kliwon kot) ada rumah penduduk yang dimasuki pencuri. Barang berharga seperti laptop ngan hp telah dikebas. Yang hairan bin ajaibnya tiada tanda rumah dipecah masuk dan penghuni hanya sedar ketika hari dah pagi. Urut dada mendengarnya. Apa yang dapat dikata hanya takziah kepada keluarga mangsa dah berdoa semoga keluarga kami dilindungi dalam rahmat Allah sentiasa. Amin....

Malam masa kenduri Fateha seronok sebab orang ramai ada yang nak mendokong ada yag bersalam ada jugak kanak-kanak rakan sebaya. Kawan-kawan atuk pun datang. Seronok derang tengok atuk dah sihat dan nampak berisi. Memang banyak perubahan berbanding 6 bulan dulu.

So these are a few snap shots sepanjang majlis. Till we meet again.... adios.

Add comment


Friday, 13-Feb-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
Mari Nonton Wayang

 
Malam nih ibu ngan abah keluar berdua, tengok wayang. Yayang ibu tinggalkan ngan nenek dan bedu sebab takut nanti nangis dalam panggung. Sebenarnya dapat tiket nih free daripada skuad FLY FM masa derang kat dataran masjid putrajaya hari tuh. Kami nonton di TGV 1 Utama. Ramai gak and panggung hampir penuh. Best! daripada 5 bintang bleh bagi 4.5 dan kita akan kata Brat Pitt bagus, dapat menjiwai watak, sedangkan sebenarnya kita suka tengok dia sbb dia hensem, tuh jer hehe........

As for me, i am not into tgk wayang and i know my husband is not a fan either but the fact that I can spent time with my hubby is what really matters. Kali terakhir tgk wayang pun masa tgk cerita CINTA, rasanya tahun 2006/7 kot ngan Alia.

Anyway, serba ringkas citer die camnih, a boy trap in a man body atau minda budak tapi badan orang tua... curious is it? But overall it's a romantic comedy and jalan cerita yang menarik and touching. Sesuai ditonton dengan pasangan dan orang tersayang.

Enjoy.

Amboi.......seronok sakan kome berdua ye, g tgk wayang "ya" d tinggalkan....x ptt betui. Ada lg ke tiket free, post la kt kitaorang ni, hari tu 120209 cadang nak tengok UPIN&IPIN...tp abg dah start buat assigment daaa. Tue 17-Feb-2009 14:45
Posted by:mak teh gpg
Halamak, org kampung baca da... nak buat camner, tak kan nak bawak 'ya' sekali. Apa salahnya sesekali dating berdua you. Tiket free ada tp kena dtg sini la. Omak pun nak ke sini ujung minggu nih kan? Join la skali. Assignment abg bawak... kami bley tolong 'siap'kan. Wed 18-Feb-2009 01:15
Posted by:Ibu Fateha
omak dah sampai sana dah pun...insya allah nanti kami sampai le...hari-hari abang tido pukul 3 pagi tauuu semata-mata nak siapkan assignment yang di buat last minit tu. minggu depan dah kena hantar baru siap 1, ada lagi 2 beb. kak teh pun hari-hari le tido sorang tapi sampai takat pkl 3 je peh tu abang dah ada sebelah. Sun 22-Feb-2009 08:41
Posted by:mak teh gpg
Add comment


Tuesday, 10-Feb-2009 08:38 Email | Share | | Bookmark
AND THE AWARD GOES TO.....

 
Huhu... Saya bersyukur kerana telah menerima anugerah nih. tanpa peminat siapalah saya. hehe... ayat-ayat standard seorang artis yang baru dapat award. Seriously, thanks to ibu ain sbb bagi award nih kat ibu fateha. Org kata 'org memberi kita merasa... dah rasa tuh pandai-pandai la bagi kat org lain rasa lak'.

So my list of 10 fakta/hobi diri sendiri are:

{1}. Suka shopping ngan abah+fateha.
{2}. Suka jenjalan ngan abah+fateha.
{3}. Suka habiskan masa baring-baring ngan abah+fateha kat rumah.
{4}. Suka survey barang baby kat internet.
{5}. Suka tengok tv.
{6}. Suka buat tengok baju fesyen-fesyen bebudak pompuan.
{7}. Suka interior design, eric adalah sahabatku...hehe... selalunya idea ada tapi nak buat tuh tak tau bila.
{8}. Suka menyambung silaturahim... balik kg ker, gi umah sedara ker, umah kawan-kawan....
{9}. Suka makan nasi kerabu pasar tani putrajaya...terangkat beb!
{10}Suka tido hotel.

Ibu fateha nak kasi award nie kepada:
Murni
Farah
ehmmm... bagi kat ibu ain balik lah..aci tak?

sy sungguh berterima kasih dgn award ini...bangga nyerrrr... Fri 13-Feb-2009 16:58
Posted by:farah@ayusolo  - [Link]
Add comment


Sunday, 28-Dec-2008 07:00 Email | Share | | Bookmark
Hari Keluarga Nilam Adin 2008

MERIAH BEB! itu lah the best words yang dapat describe Hari Keluarga Nilam Adin 2008 yang diadakan di Kem Hanifa, Jahang. Dah tiga tahun Hari Keluarga ni tak diadakan kerana sebab yang tak dapat dielakkan. Walaupun pada Syawal yang lepas, salah satu keluarga, Kak Ani, telah pergi meninggalkan kami buat selamanya, namun Hari Keluarga ini diteruskan juga kerana telah dirancang lebih awal.

Pepagi lagi umah opah dah penuh dengan anak buah yang datang tolong siapkan makanan. Ada gulai lemak sayur, pecal, sambal petai, dan keluarga lain ada jugak yang bawak keropok, ikan goreng dan sambal belacan. Nyam.....nyam....

Pelbagai acara menarik diadakan iaitu pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, pertandingan cucuk manik untuk muslimat, mengupas kulit epal terpanjang bagi muslimin dan mengisi air dalam botol guna span untuk acara berpasangan.

Nampaknya keluarga Opah sapu semua kategori, mewarna dimenangi - nazrul dan nazri (Anak mak long), cucuk manik - Acu, potong kulit epal - Abang Ujang (suami mak long) dan isi air dalam botol - ibu dan abah ler........ Kita dapat banyak hamper ngan jajan.

Untuk tengok gambar sekitar majlis hari keluarga nih sila klik di sini:
http://sendiri-mau-ingatlah.blogspot.com/2009/01/hari-keluargo-nilam-adin-08.html
Mesti ramai yang tak sabar-sabar nak tgk especially mak teh yang tak dapat join kita hari tuh. Hehe....enjoy viewing.

ye le tu mak teh x dpt nak join you all. sedih gak nak buat camna adik ipor brtunang katakan....lelaki terakhir katakan. x pe insya allah next time pasti join punye. hadiah sure kitaorang sapu bersih punyeeee. Fri 2-Jan-2009 14:09
Posted by:Mak teh
i hope i can have it all.
http://coachhandbagsoutlets.com/
http://www.newchristianlouboutinshoes.com/
Mon 6-Sep-2010 06:40
Posted by:coach pureses  - [Link]
Add comment


[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

web01.fp.pidgintech.com